Rahsia 10k ‘Live Changing’ Ebook!
Produk Informasi June 11th, 2008Assalamualaikum pembaca setia,
“Wow! Tak pernah seumur hidup aku menjumpai ebook seumpama ini”. Itulah kata hati saya selepas saja membaca Ebook Rahsia10k hasil tulisan Labanon ciptaan Team Flarebiz ini. Siapa yang tak kenal ‘budak sekolah’ ni kan. Hoho… bukan nak hype ke apa, cuma ini adalah pandangan ikhlas saya selepas habis membaca ebook ini. Selepas berjaya mendapat jualan yang memberangsangkan melalui ebook TipAdsense, kali ini Labanon sekali lagi menggemparkan pengguna internet dengan ebook terbarunya iaitu Rahsia10k.

Di dalam pakej ebook Rahsia10k ini mempunyai beberapa komponen penting yang membawa hala tuju si pembaca dari tidak ada apa2 kepada mempunyai ebook sendiri sekurang-kurangnya. Senarai komponen2 Rahsia 10k adalah seperti berikut:
- Ebook 1 - Case Study (Teori) : Ebook ini adalah komponen paling utama dalam pakej Rahsia10k. Ia merupakan sebuah ebook yang lebih kepada teori ataupun blueprint bagaimana Labanon memperoleh RM10,000 dalam sebulan dengan menjual ebook yang merupakan produk informasi. Setiap huraian yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman serta kajian kes Labanon sendiri yang lebih mudah di istilahkan sebagai blueprint.
- Ebook 2 - Praktikal : Ebook ini lebih kepada pelengkap kepada ebook teori. Tanpa praktikal sekali, agak sukar untuk kita memulakan langkah pertama didalam mencipta ebook sendiri. Setelah memahami segala bab dalam ebook teori (case study), ebook praktikal disediakan agar kita lebih memahami situasi “real world” (dunia sebenar) untuk mencipta ebook sendiri dalam mengaplikasikan teori yang dihuraikan melalui ebook Case Study. Ebook Praktikal ini ditunjukkan secara step-by-step perkara yang harus dilakukan dari A-Z didalam penciptaan sesebuah produk digital.
- Plan 60 Hari : Plan ini dapat ditunjukkan perkara-perkara yang harus kita lakukan setiap hari didalam penciptan sesebuah ebook. Plan 60 hari adalah lebih terperinci bermula dari pencarian idea sehinggalah bab pemasaran yang digunakan Labanon sendiri sebelum launching Ebook Rahsia10k ini. Plan ini juga mudah untuk diikuti dan ianya menjadikan kita lebih fokus dan berdisiplin didalam mencipta ebook sendiri. Cumanya, kena berusaha lebih sikitlah. Kalau tak ada usaha manakan ada hasilnya.
- Senarai Semak : Senarai semak amat penting didalam kerja-kerja yang harus dilakukan supaya kita tidak bercelaru didalam persiapan penulisan ebook yang hendak diterbitkan. Ia amat membantu untuk memastikan proses penciptaan ebook kita berjalan lancar tanpa sebarang keciciran.
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan : Terdapat banyak tips yang diberikan oleh bro Zamri ni. Antara yang menarik perhatian saya adalah mengenai menggunakan teknik outsourcing dalam mencipta produk informasi. Selain itu JV (Joint Venture) juga ada disentuh yang mana merupakan topik kegemaran saya
. Teleseminar bersama Zamri ini juga menghuraikan segala topik mengenai penciptaan produk informasi. Sungguh berinformasi sekali
.
- Interview Bersama 4 IM Malaysia : Interview ini amat menarik. Yerlah, kalau dah otai-otai yang masuk gelanggang memanglah hebat mengenai penyampaian mereka. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam penciptaan produk digital masing-masing. Kesemua memang tidak asing lagi dalam arena perniagaan internet kalau bukan Vince Tan ( Adsense Blackhat Edition), Sabri Saifulsham (Sistem Kedai Online), Smartzul (Panduan Asas Wordpress), dan juga Amirol (Pakej Web Jualan).
- Video Tutorial Ebook : Video ini disediakan bagi membantu newbie yang hendak mengetahui cara-cara membuat ebook. Soalan ‘bagaimana untuk membuat ebook’ akan terjawab didalam video tutorial ini yang disampaikan sendiri oleh Labanon. Dari membuat kerangka sehingga cara untuk convert ebook kepada file PDF. Oopss, bocor sikit.
Senarai di atas adalah segala komponen yang boleh didapati melalui ebook Rahsia10k.com. Sungguh berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu RM47 sepanjang minggu pelancaran. Selepas itu harga akan dinaikkan kepada RM67. Juga masih lagi berbaloi, tetapi anda sudah rugi RM20 jika tidak mendapatkan ebook tersebut lebih awal. Paling menarik sekali, Labanon menyaediakan bonus yang hebat. Tapi belum sempat buka. Huhu.. Bukan itu sahaja, selepas sahaja anda membuat pembelian ebook Rahsia10k, anda akan ditawarkan One Time Offer dengan produk yang amat-amat bernilai dengan harga yang sangat-sangat murah. Namun tawaran tersebut hanya untuk pembeli saja.
Kesimpulannya, tiada ‘magic phil’ dalam dunia ini untuk menjadikan kita kaya melainkan usaha yang tak pernah kenal erti jemu. Tekun dan sabar menjadi tulang belakang kejayaan selain fokus dan diiringi tawakal untuk mempunyai sebuah produk informasi sendiri. Maka tidak keterlaluanlah kalau saya katakan Rahsia10k adalah ‘live changing’ ebook. Ingat,angan-angan itu boleh jadi realiti jika kita sanggup menempuh kegagalan. Wassalam

“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

















June 14th, 2008 at 4:49 pm
Harap sama-sama kita mendapat manafaat
June 20th, 2008 at 6:18 pm
produk labanon tu mmg bagus. bagus untuk org baru. sebenarnya faktor nak mewujudkan produk yang lebih berkualiti tu yang susah.. itu yang susah nak mulakan.. tapi apa yang labanon kata tu “” just do” bertindak segera…
July 2nd, 2008 at 10:16 pm
Saya amat kagum dengan penulis e-book tersebut iaitu Lebanon…..ARB Dagang