Pengiklanan BerkesanKita lihat sekarang ini kebanyakan usahawan internet tak kira di Malaysia mahupun luar negara yang membina perniagaan internet tanpa ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Sesetengah lagi tidak ada matlamat tujuan pembinaan bisnes internet mereka serta yang suka melompat-lompat dari satu peluang perniagaan ke peluang perniagaan lain. Ada juga yang menjalankan perniagaan di internet sebagai salah satu hobi sahaja tetapi pada masa yang sama berharap untuk memperoleh kauntungan daripadanya.

Aplikasi teknik-teknik perniagaan yang strategik adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan internet. Sasaran jangka panjang adalah perlu dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan, Tambahan pula kita meminati dalam menceburinya, ia merupakan perkara yang baik untuk mempunyai potensi jangka panjang perniagaan kita terutamanya di alam maya ini.

Pemasaran perniagaan internet yang stategik bukanlah memborong seberapa banyak alamat email yang dijual ataupun yang telah diguna pakai. Itu dikategorikan sebagai email spamming. Kalau diluar negara mereka yang buat spam sebegini akan didakwa dan ditahan jika sabit kesalahan kerana ia merupakan salah satu kes jenayah. Pemasaran internet yang strategik juga bukanlah mengiklan banner diserata internet tanpa hala tuju. Ini juga mengusutkan mata yang memandang dan ianya tidak mungkin mendapat perhatian dari mereka yang bijak tentang selok belok internet. Ini dikategorikan sebagai banner spamming.

Perlu ditegaskan bahawa menggunakan iklan percuma atau melayari internet untuk memperoleh trafik percuma juga tidak menjamin kejayaan sesebuah perniaagaan internet itu. Cara pemasaran seperti ini mungkin hanya berkesan kepada sesetengah jenis perniagaan sahaja, tetapi ianya tidak boleh dikategorikan sebagai kempen pemasaran perniagaan internet yang strategik serta yang berkredibiliti. Ia lebih diklasifikasikan sebagai pemasaran kurang bermoral. Hoho… :grin:

Jadi apa sebenarnya perniagaan internet yang strategik?

Secara asasnya, perniagaan internet yang strategik adalah mempunyai pelan promosi yang efektif dimana ianya menggunakan kaedah dari sumber yang telah terbukti dan dipercayai untuk mendapatkan pulangan yang memberansangkan dalam pemasaran perniagaan internet ini. Menyenaraikan pelan pemasaran yang berkesan sahaja dan juga harus dipastikan memahirkan dengan sesuatu teknik pemasaran yang kita senaraikan tadi di dalam menjamin keberkesanan strategi yang efektif.

Perkara pertama ialah menyediakan bajet untuk kos promosi. Setiap promosi yang dilakukan mesti dibuat kajian demi kajian dan sememangnya adalah sukar untuk mengenalpasti keputusan dalam setiap pengiklanan yang dibuat. Mengenalpasti keberkesanan pengiklanan adalah untuk mengidentifikasikan setiap strategi yang dilakukan demi memberikan keputusan yang baik dalam setiap promosi demi keuntungan sesebuah perniagaan internet itu. Selepas mengidentifikasikan promosi mana yang paling berkesan, dengan itu kita boleh menumpukan sesuatu promosi itu sahaja unutk mendapat keuntungan yang lebih lumayan. Dengan mengenalpasti pengiklanan juga, kita juga boleh menentukan pengiklanan mana yang tidak berkesan, ataupun untuk memperbaiki lagi promosi yang dilakukan.

Kunci kejayaan perniagaan internet adalah senantiasa memperbaiki strategi pemasaran untuk menjadikan ianya lebih efektif. Jika tidak mahu mengenalpasti serta membuat kajian tentang kempen pengiklanan yang dibuat, itu hanyalah membuang duit sahaja kerana ianya tidak memberikan kejayaan sesebuah perniagaan internet itu. Ini juga boleh ditafsirkan sebagai ‘beroperasi didalam kegelapan’ kerana kita tidak tahu mengenai jenis pengiklanan mana yang paling berkesan dan yang mana tidak mendapat pulangan langsung.

 


“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

Bookmark Buzz: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • MisterWong
  • Wists
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Furl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • Slashdot
  • Blue Dot