Strategi Pemasaran InternetAdakah anda mempunyai strategi pemasaran perniagaan internet anda sendiri? Oh… soalan tersebut saya tidak boleh jawab bagi pihak anda. Sebagai seorang usahawan internet tanpa mempunyai strategi pemasaran sesungguhnya potensi untuk anda berjaya bagi mengecapi kebebasan peniagaan yang berasaskan home based adalah tipis sama sekali.

Usaha keras anda mencari peluang terbaik dalam keusahawanan internet akan berbaloi sekiranya anda telah menyenarai penuh strategi pemasaran anda. Sehebat manapun perniagaan anda kalau tidak ada yang mengetahui tentang kewujudan perniagaan anda jalankan, itu maknanya anda telah kerugian banyak benda termasuk bakal prospek anda sendiri. Mempunyai strategi pemasaran sebenarnya adalah kriteria yang penting dalam masa yang sama mengkaji dengan mendalam tentang perniagaan yang sedang anda uruskan. Persoalan yang memisahkan diri anda dengan kebebasan kewangan anda adalah bagaimanakah prospek anda boleh menemui perniagaan yang dijalankan?

Usah khuatir jika soalan tersebut anda telah huraikan dengan melakukan strategi pemasaran secara efektif & dinamik. Strategi pemasaran secara menyeluruh serta mempunyai perancangan yang betul, InsyaAllah pengguna internet akan menemui empayar perniagaan yang anda jalankan. Yang penting anda ada strategi pemasaran yang kukuh dan stabil sekaligus mendapat bilangan prospek yang tinggi dan semestinya pulangan yang lumayan.

Sebagaimana yang telah kita maklum, perniagaan berasaskan internet merupakan medium untuk memasarkan produk-prodk digital & fizikal yang maha luas. Kebebasan dalam melakukan pemasaran serta peluang menjalankan perniagaan tanpa perlu lesen adalah faktor tiket kejayaan anda bagi keusahawanan maya ini. Terdapat begitu banyak cara pemasaran yang ada dalam perniagaan internet ini. Ianya hanya terpulang pada diri anda sendiri untuk memilih.

Kebebasan anda untuk memilih strategi pemasaran kerana banyak opsyen yang boleh digunakan untuk memasarkan produk perniagaan anda. Kaedah pemasaran ada yang berbayar dan ada juga yang percuma ataupun murah. Bagi peringkat awal, saranan saya supaya bermula dari sedikit dulu. Jika anda dapat melihat tingginya potensi perniagaan internet yang anda jalankan itu, selepas itu perlulah melaburkan sedikit kewangan anda demi keuntungan perniagaan internet anda.

Sengaja saya menulis agak umum sedikit mengenai topik kali ini kerana tidak mahu mengganggu pemikiran anda mengenai strategi pemasaran yang terbaik sekali. Sebenarnya anda bebas memilih. Bagi saya setiap cara pemasaran ada pro & kontranya masing-masing. Sudah semestinya mempromosi dengan pelaburan adalah yang terbaik untuk mendapatkan pulangan lumayan dengan kadar waktu yang singkat.

Salam hormat,


“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

Bookmark Buzz: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • MisterWong
  • Wists
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Furl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • Slashdot
  • Blue Dot