Post kali ini saya ingin sentuh sedikit mengenai PPC. Mungkin ramai yang belum mengetahui malah ada juga belum pernah dengar perkataan PPC itu sendiri. Ok, apa itu PPC? PPC bermaksud Pay-Per-Click yang merupakan teknik pengiklanan paling popular di internet. Biasanya jenis iklan PPC akan terpapar pada website, portal pengiklanan, terutamanya yang paling banyak kita nampak adalah pada search engine. Pengiklanan PPC biasanya dipaparkan pada sponsored links yang kebanyakannya adalah berbentuk teks ads. PPC biasanya dipaparkan pada setiap hasil pencarian di search engine, di mana pengiklan membayar sejumlah khusus kepada setiap pengunjung yang mengklik iklan PPC tersebut melalui links atau banner yang ditempatkan seterusnya akan membawa pengunjung terus ke halaman utama website mereka.

Dalam kata lain, pengiklanan PPC sama sekali adalah mengenai bidaan untuk mendapatkan posisi tertinggi di dalam senarai keputusan enjin carian melalui sesuatu keyword yang dibida. Pengiklan dapat melakukan PPC ini dengan membuat bidaan bagi sesuatu frasa keyword yang relevan dengan produk ataupun servis yang ditawarkan melalui laman web mereka. Konsepnya adalah berdasarkan semakin tinggi nilai yang dibida, semakin tinggilah kedudukan keputusan search engine untuk keyword tersebut. Bermakna peluang untuk berada dalam senarai teratas search engine adalah cerah. Ini sudah tentu lebih memudahkan pelayar internet menemui iklan seterusnya mengklik iklan mereka untuk terus dibawa kepada website yang mereka iklankan itu. Ini juga salah satu sebab mengapa ramai orang menggelarkannya sebagai lelongan keyword (keyword auctioning). Jika banyak pesaing untuk sesuatu keyword yang hendak digunakan itu, maka lebih mahal untuk membuat bidaan. Pengiklan kemudian dikenakan bayaran atas setiap orang yang mengklik pada iklan mereka mengikut harga bidaan yang telah ditentukan.

Pengiklanan PPC juga dikenali sebagai pelbagai variasi nama seperti:-

  • Pay Per Placement
  • Pay Per Performance
  • Pay Per Ranking
  • Pay Per Position
  • Cost Per Click (CPC)

Banyak faedah yang kita perolehi degan pengiklanan PPC ini. Menjadikan pengiklanan anda lebih efektif dengan mempromosikan bisnes online anda seperti yang disenaraikan ini:-

  • Pelancaran iklan PPC adalah dengan kadar segera. Pengiklanan PPC adalah medium pengiklanan yang dapat dilaksanakan dengan cepat sekali. Pengiklanan yang dibuat dapat dilihat melalui online dalam masa sejam sahaja selepas membuat pembayaran serta memenagi keyword yang dibida.
  • Mendapat trafik yang lebih khusus serta berkualiti. Pengiklanan PPC memberikan anda trafik yang lebih ‘targeted’. Pelawat juga lebih suka shortcut untuk mengklik pada senarai sponsored links (senaraian iklan PPC) apabila menjumpai produk/ perkhidmatan yang dikendakinya melalui keyword yang dicarinya.
  • Melipatgandakan trafik yang datang dan melangkaui jangkaan anda. :grin: Pengiklanan PPC memberikan trafik tambahan sama ada secara natural serta organik ke laman web anda. Tu yang besh tu. :mrgreen:
  • Dapat mengesan/ mengenalpasti hasil pelaburan anda sama ada berbaloi ataupun tdak. Pengilanan PPC menggunakan sistem penjejakan dan boleh dikaji pelawat yang datang ke laman web anda, dari mana mereka datang, apa yang mereka buat pada laman web anda, berapa lama dia melawat, berapa banyak page yang dia klik dan sebagainya. Semuanya adalah tepat belaka. :grin: Ini suatu tools yang berharga dimana ia boleh menentukan statistik ROI (Return Of Investment) anda, pengambilalihan kos setiap pelawat dan kadar pertukaran (conversion rates) iaitu peratusan pelawat yang datang ke laman web anda yang seterusnya menjadi pembeli kepada produk/ perkhidmatan yang anda tawarkan.

Itu adalah serba sedikit yang saya faham mengenai pengiklanan PPC. Terbaru, saudara Naem dari DiariAdsense.com telahpun melancarkan hasil penulisannya melalui E-book mengenai pengiklanan PPC ini. Tajuk E-book beliau adalah PPC Percuma. Saya tak mahu cerita panjang mengenai isi E-book tersebut. Apa yang pasti hasil penelitian saya, E-book beliau amat berkesan jika anda benar-benar ingin membuat pengiklanan PPC. Anda boleh dapatkannya melalui laman jualan beliau di www.PPCPercuma.com.

Disini saya juga berbesar hati ingin memberikan sebuah ‘report’ mengenai PPC khas untuk pelawat setia blog saya. :grin: Ianya bukan sahaja report yang berguna berkenaan PPC, malah anda boleh jual semula report ini kerana ia adalah produk PLR (Private Label RIghts) dan failnya adalah dalam bentuk Microsoft Words. Anda boleh meletakkan iklan anda sendiri kemudian convert ke PDF sahaja. Boleh juga diberi kepada subscriber anda. :razz: Harap dapat manfaatkan pemberian yang tidak seberapa ini. Anda boleh download report ini segera sebelum saya buangkan link downloadnya. :lol:


>>>>>>>Simple PPC Secrets<<<<<<<

Yang Ikhlas,


“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

Bookmark Buzz: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • MisterWong
  • Wists
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Furl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • Slashdot
  • Blue Dot