Antara Kelebihan Pemasaran Affiliate
Affiliate, Pemasaran April 22nd, 2008
Sejauh mana kelebihannya pemasaran affiliate? Sebelum meneruskan perbincangan kali ini dengan tajuk di atas saya nak jelaskan sikit di sini mengenai apa itu pemasaran affiliate. Ok, sebenarnya affiliate marketing ni adalah salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan secara online melalui program affiliate serta pengiklanan yang memberikan peserta affiliate ataupun komisen tertentu melalui penyertaannya dengan sesebuah program affiliate. Amaun komisyen yang diterima oleh peserta affiliate itu adalah bergantung pada program affiliate yang disertainya. Pada setakat ini ada program affiliate yang menawarkan sehingga 75% komisyen.
“Eh bro… kena bayar ke join affiliate program tu?”. Itu adalah antara persoalan yang pernah saya terima termasuklah di YM sendiri. Sebenarnya affiliate program ada yang percuma dan ada juga yang berbayar. Tetapi di Malaysia setakat ini kebanyakan untuk sertai program affiliate adalah percuma. Tetapi jika anda mahu komisyen yang masyuk bolehlah sertai yang berbayar. Istilah affilite berbayar ini sebenarnya adalah peserta yang mahu promosikan produk pengeluar tersebut mestilah membeli terlebih dahulu produk atau perkhidmatan yang dijual oleh pengeluar. Pilihan ini walaupun memerlukan madal namun bagi saya ia terbaik kerana komisyennya yang lumayan serta ada sesetengah pengeluar produk yang membuat sistem pembayaran sehingga 2nd tier. Di Malaysia ada segelintir usahawan sahaja yang membuat sistem affiliate berbayar walaupun ianya adalah lebih efektif.
Seperti anda tahu, affiliate marketing adalah perkongsian keuntungan antara pengeluar produk atau perkhidmatan dan juga peserta affiliate demi untuk mencapai target sesuatu sales berasaskan pengiklanan. Terma ‘Affiliate Marketing’ selalunya mendapat gosip sebagai multi-level-marketing. Namun ia tidak benar sama sekali. Semua perniagaan affiliate tiada unsur yang mendatangkan keburukan bagi kedua-dua belah pihak. Ia juga tidak haram seperti skim pelaburan dan sesetengah bisnes MLM. Affiliate marketing lebih kepada rakan perkongsian sahaja. Sebenarnya perniagaan offline pun ada perniagaan affiliate. Cuma istilah saja lain manakala konsepnya sama. Setakat ini, Affiliate marketing merupakan kaedah pemasaran paling berkesan berbanding sistem pengiklanan lain yang mungkin kosnya adalah lebih. Apa yang penting sekali ianya sangat efisyen. Sebagai contoh, banyak syarikat yang berasaskan e-commerce mendapat keuntungan berlipat kali ganda dengan meggunakan program affiliate seperti Amazon.com. Bahkan jika anda pergi mana-mana laman web yang ‘menjual’ di Malaysia hampir kesemuanya menggunakan kaedah affiliate dalam mempromosikan produk mereka. Sekarang ini sudah menjadi kebiasaan bagi setiap usahawan e-commerce termasuk di Malaysia untuk menggunakan kaedah affilate marketing dalam pelan promosi mereka untuk mendapat jualan yang banyak untuk jangka panjang.
Antara kaedah affiliate marketing adalah CPA (Cost Per Action) dimana peserta affiliate mendapat komisyen dari pembelian oleh pelawat yang klik pada link affiliate yang promosinya dalam setiap jualan. Dalam erti kata lain pembeli yang membeli melalui link yang dipromosikan, peserta affiliate berhak mendapat komisyen yang telah ditentukan. Sama je lah tu.
Konsep perkongsian keuntungan sebenarnya telah lama wujud iaitu sebelum era internet lagi. Tetapi dengan timbulnya idea affiliate marketing ianya telah membawa perubahan kepada satu pencapaian baru sehingga telah menjadi satu ketetapan dalam setiap pengiklanan untuk membawa sesuatu perniagaan e-commerce berjalan lancar. Pening tak ayat ku ini? Ehem… sori kalau agak berbelit.Hehe…
Usahawan internet dapat merasakan keselesaan pemasaran mereka dengan affiliate marketing salah satu sebabnya ialah pengurusannya adalah secara automatik dan juga fakta yang mengatakan pemasaran affiliate adalah tidak mempunyai atau kurang berisiko bagi kedua-dua belah pihak. Begitu juga usahawan internet seperti kita-kita ni. Lebih senang dengan affiliate sahaja untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Bagi yang masih buntu bagaimana untuk promote link affiliatenya (ni bagi peserta affiliate je) anda boleh promote gila-gila melalui email marketing, dengan blogging, melalui RSS feeds, MyBlogLog dan banyak lagi jenis komunikasi online yang terdapat di internet ini. Ada juga sesetengah usahawan online menggunakan teknik affiliate CPC (Cost Per Click) iaitu satu sistem ‘pengupahan’ dimana peserta affiliate mendapat keuntungan dengan mudah dari pengguna internet setiap kali mereka klik pada iklan yang dipromote pada website ataupun melalui email. Tetapi memandangkan fraudsters yang memanipulasi untuk keuntungan mereka sahaja dengan mencipta ad-ware, melakukan spamming maka jenis pengiklanan ini kurang digunakan atau tidak disukai oleh usahawan internet disebabkan tingginya risiko untuk memperoleh kerugian.
Menariknya affiliate marketing adalah tiada sebarang kos untuk peringkat permulaan promosi. Kos hanya akan dikeluarkan selepas mendapat hasil jualan dengan memberi komisyen kepada rakan kongsi yang melakukan promosi. Menarik ye tak?
Sudah tentu ini memberi kelebihan kepada semua. Usahawan juga hanya perlu membuat perancangan untuk skim insentif yang hendak diberikan kepada peserta affiliate. Maka benarlah ianya tidak mahal, malahan ianya merupakan teknik yang sangat efisyen demi memajukan bisnes di internet.
P/S - Dapatkan ebook Raja Affiliate jika anda berani untuk memulakan pemasaran affiliate secara gung-ho!.
Salam Hormat,

“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

















April 23rd, 2008 at 12:18 am
bila nak ada produk sendiri?ke dah ada?hehe
April 23rd, 2008 at 12:43 am
InsyaAllah kalau massa mengizinkan hujung tahun ni. Ish… lama lagi tue. Tapi masa bergerak amat pantas.