Kenali Saya
Selamat berkunjung ke weblog asharudin.com. Sedikit info mengenai diri saya, berasal dari Johor tetapi menetap di Subang Jaya dan bekerja sebagai Interior Designer bahagian office furniture di Kelana Jaya. Mula mengenali perniagaan internet ini sejak bulan Jun 2007. Banyak meluangkan waktu saya tentang perniagaan internet demi ilmu pengetahuan . Tapi itu pun masih belum cukup bagi saya. Saya juga selalu mengkaji struktur serta selok-belok keusahawanan internet sejak mula berjinak-jinak dengan keusahawanan internet ini. Optimis dengan sesuatu perniagaan terutama ianya adalah berasaskan internet adalah prinsip saya. Blog ini merupakan blog pertama saya menggunakan server hosting sendiri.
Asharudin.com juga adalah blog berbahasa melayu pertama yang saya bina. Sebelum ini saya pernah menggunakan Blogger.com dan juga WordPress.com. Itupun, saya hanya berblog kerana ingin meraih pendapatan melalui program pay-per-click seperti Adsense untuk platform Blogger.com. Kini saya sudah jatuh hati pada WordPress yang di install pada hosting sendiri. Bermula dengan menjual produk digital di Ebay. Ianya hasil tunai pertama saya peroleh tetapi hasilnya tidak seberapa. Sebelum itu, saya pernah ‘terbeli’ sebuah ebook bahasa melayu mengenai pemasaran
Selepas itu baru hati saya tergerak untuk mengetahui lebih mendalam mengenai keusahawanan internet sebenar. Masih ingat lagi, info yang pertama saya jumpa mengenai perniagaan internet adalah di blog SaifulSham melalui carian dari Google Search Engine. Memang teruja saya dibuatnya ketika mendapat pelbagai info mengenai keusahawanan internet ini. Selepas itu saya terus tekad dan komited untuk jana income melalui medium internet ini. Selain itu, saya banyak membaca buku-buku mengenai perniagaan internet & blogging yang saya beli kebanyakkannya di MPH Bookstore.
Saya juga sempat menyertai seminar ‘WordPress Adsense Mastery’ anjuran Steven Wong dan May Ong pada bulan Julai 2007. Seminar tersebut membincangkan perkara asas tentang blog WordPress di mana Steven Wong (tidak asing lagi dikalangan IM Malaysia) menjadi speaker untuk seminar tersebut. Masa tu belum berkesempatan untuk membina blog sendiri seperti ini oleh sebab dalam masa yang sama sibuk dengan pengkajian mengenai blogging pula. Dari apa yang saya pelajari, blog adalah tapak permulaan bagi seseorang itu dalam keusahawanan internet demi membina kredibliti melalui artikel-artikel yang dikarang untuk tatapan umum. Pada bulan November 2007 yang lepas, saya ke seminar perniagaan internet RBDDI SaifulSham. Banyak perkara baru tentang keusahawanan internet saya pelajari melalui seminar ini.. Semua jenis perniagaan melalui internet ini didedahkan oleh mereka. Ianya termasuk tips menjual produk digital, fizikal mahupun jenis perkhidmatan dan kepakaran.Apa yang penting, saya dapat menambah kenalan dengan rakan protege lain yang berjiwa bisnes macam saya
. Dapat juga share idea dan pengalaman dengan mereka. Mana tahu suatu hari nanti boleh jadi Joint Venture partner. Gambar di bawah adalah semasa menyertai seminar RBDDI di Berjaya Times Square Hotel,

Shot semasa menyertai seminar ‘Rahsia Buat Duit Dengan Internet’
Diharap pengunjung blog ini stay tuned dengan artikel saya yang fresh lagi bermotivasi. Sentiasa nantikan post ‘buzz’ dari saya. Ulasan dari anda amat dialu-alukan dalam setiap post saya untuk memeriahkan lagi blog ini. Mungkin ianya juga satu tips yang berguna kepada saya serta pembaca lain. Insyaalah.
P/S - Kepada webmaster
Yang Ikhlas,

“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

















Recent Comments