Buka Mata & Lihat Betapa Untungnya Ber’JV’
Joint Venture May 15th, 2008
JV….. Perkataan yang biasa kita dengar dalam Internet Marketing. Tapi sejauh mana kefahaman kita tentang Joint Venture ni? Pelbagai definasi yang dapat kita huraikan hasil dari ilmu yang kita dapat berkenaan JV. Di sini saya cuma nak share pendapat saya aje!. Tak lebih dari itu. Oklah, saya lebih senang untuk membahagikan Joint Venture ini kepada 2 kategori iaitu pertamanya JV Partner dan keduanya JV Network. Nak tau apa beza dia? Bezanya cuma 2 perkataan yang berlainan aje.
Sebenarnya JV Partner merupakan rakan kongsi kita untuk ‘Product Creation‘ manakala JV Network pula saya definisikan sebagai pembantu kita untuk ‘Product Launch‘.
Product Creation adalah projek pembinaan produk/ servis sendiri. JV Partner diperlukan untuk membantu apa saja kerja yang di arah yang mana kerja-kerja tersebut bukan kemahiran kita. Misalnya kita tau bab marketing, so kita cari JV Partner yang mahir dalam aspek lain seperti dari segi teknikal, copywriting, graphic designing dan lain2 yang berkenaan dengan projek yang kita nak cipta itu supaya dapat membina sebuah produk @ perkhidmatan yang berkualiti dengan jayanya. Tidak semestinya apabila bergelar rakan kongsi adalah berkongsi modal tetapi berkongsi kemahiran dalam menjayakan sesuatu projek itu. Product Launch pula adalah pelancaran produk yang telah kita cipta itu. Step ini memang diperlukan bagi setiap IM di dunia ini untuk mendapat sambutan hangat serta jualan dapat dimaksimakan. So, disini kita perlukan JV Network untuk membantu kita melancarkan produk yang telah siap sedia untuk di pasarkan. Kebiasaannya JV Network merupakan orang yang terkenal dalam Internet Marketing serta mempunyai mailing list yang besar dan juga mempunyai kredibiliti tersendiri.
Berkenaan dengan faedah berJV pula, memang tidak dinafikan lagi mengapa IM luar negara berjaya dengan projek2 mereka. Mengapa pula tidak kita? Sebab tak yakin dengan diri sendiri ke atau takut proposal JV untuk product launch ditolak? Hey… mereka pun manusia macam kita. Kalau kena caranya, IM2 tersebut takkan tolak mentah-mentah punyalah. Belum cuba belum tau maa! Ok berbalik kepada faedah @ kelebihan berJV tadi. Suka saya jelaskan mengikut kategori yang telah saya tetapkan dengan mengikut point2 tertentu.
Kelebihan Joint Venture
JV Partner - Dengan mempunyai partner untuk product creation kita dapat menjimatkan banyak kos serta masa. Cuba lihat betapa beruntungnya kita mempunyai rakan JV sendiri. Ya, jimat kos kerana kita tidak perlu mengupah freelancer untuk menjayakan projek kita. Anda boleh mencari sesiapa sahaja menjadi JV Partner asalkan mereka mempunyai kepakaran yang anda tidak ada. Anda tidak perlu membayar mereka terlebih dahulu, sebaliknya membayar mereka selepas pelancaran produk anda dan tawarkan mereka percentage keuntungan anda. Jimat masa kerana anda dapat mempercepatkan pelancaran produk anda. Tiada risiko pembaziran masa untuk belajar sesuatu yang anda tidak mahir. Selain itu, projek ciptaan anda itu tampak lebih berkualiti kerana garapan bersama rakan JV anda. Dapat juga bertukar-tukar fikiran dalam menjayakan produk ciptaan anda. Yang menarik, dengan adanya rakan JV ini, mereka dapat mengesan kesilapan yang kita lakukan dalam proses penciptaan itu dan juga sebaliknya. Ini berbeza jika anda seorang untuk penciptaan produk.
JV Network - Dapat juga menjimatkan kos anda. Kaitannya dengan modal adalah anda tidak perlu untuk membuat pengiklanan PPC. JV Network akan membantu menyebarkan produk @ servis anda. Anda hanya akan membayar JV Network selepas sahaja anda mendapat jualan. Berbeza dengan pengiklanan PPC, anda perlu mengeluarkan modal terlebih dahulu. Projek yang anda lancarkan itu juga akan mendapat populariti dalam masa yang singkat juga sekali gus trafik ke laman web anda meningkat. Jadi sudah tentu ianya juga menjimatkan masa anda. Keuntungan yang lumayan serta berlipat kali ganda dapat direalisasikan jika JV Network anda bersungguh-sungguh mempromosikan produk anda. Jika anda membuat opt-in form pada website anda, peluang untuk mendapatkan subscriber petik jari je dengan bantuan JV Network. Anda juga dapat berkenal-kenal dengan IM terkenal secara lebih mesra. Dengan itu, anda mudah untuk berurusan dengan mereka pada masa akan datang jika anda mempunyai produk untuk dilancarkan lagi. Tiada masalah bagi mereka kerana mereka telah kenal anda. Tapi kena pandai pancing JV Network. Ya, saya sendiri akui kesukaran untuk mendapatkan JV Network, namun ianya bukan mustahil jika anda memberikan tawaran yang menarik kepada mereka.
Syarat & Kriteria yang Perlu Ada Untuk ber ‘JV’
JV Partner - Paling utama sebelum mencari JV Partner, kenal pasti kelemahan kita terlebih dahulu. Kemudian cari JV Partner yang pakar atau mempunyai kelebihan dalam bidang kelemahan kita. Anda juga perlu sudah ada perancangan terperinci dan telah ada produk untuk dicipta sebelum boleh melantik mana-mana JV partner. Memberikan mereka tawaran yang menarik seperti menawarkan harga yang lebih serta memberikan mereka insentif atau perkongsian keuntungan dari jualan anda. Tentukan percentage dahulu dan pastikan juga tidak mendatangkan kerugian kepada anda. Semua bayaran kepada JV adalah selepas produk anda berjaya dijual. Ya, inilah istimewanya konsep JV berbanding outsourcing. Win-win situation kat situ.
Anda dapat mengurangkan kos penciptaan produk, rakan JV anda pula mendapat bayaran lebih dari biasa serta insentif oleh kerana mereka menumpukan projek anda tanpa mendapat bayaran terlebih dahulu. Anda mesti menetapkan percentage perkongsian keuntungan anda dengan rakan JV. Disebabkan anda menggunakan konsep JV anda tak boleh nak makan sorang :grin:. Setkan sebagai contoh JV copywriter anda membuat sales letter serta segala yang berkaitan copywriting, jika bayaran untuk freelance RM500 tawarkan mereka lebih dari itu. Anda boleh memberi tawaran dua kali ganda. Serta berikan insentif seperti 15% dari harga produk anda sehingga 20 jualan produk anda adalah milik mereka. Tapi anda perlu membuat pertimbangan secara kasar terlebih dahulu mengenai keuntungan yang anda akan dapat kelak dan pastikan ia berbaloi.
JV Network - Untuk mendapatkan bilangan JV Network yang ramai, kens buat satu proposal letter secara rasmi yang ditujukan khas kepada JV Network pilihan kita dan kebiasaannya mereka ni adalah ‘guru’ @ ‘otai’ dalam IM atau mempunyai list yang besar. Proposal letter untuk mendapatkan JV Network ni kita kena buat macam kehebatan sales letter jugak. Tapi proposal letter bukan menggunakan hype tetapi bagaimana cara kita approach bakal JV Network kita itu nanti. Semestinya menerangkan secara terperinci mengenai proposal anda dan sebolehnya gunakanlah minisite untuk membuat proposal tersebut. Ini adalah dari apa yang saya baca sendiri. Terangkan jenis bantuan bagaimana yang anda mahu dari mereka dan nyatakan dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh bantuan yang boleh anda minta dari JV Network:
- Menyebarkan tentang projek anda kepada mailing list mereka
- Meminta mereka me’review‘ tentang projek anda (Blog/Forum/Ezines)
- Minta link jualan anda diletakkan pada ‘Thank You‘ page mereka
Buat juga opt-in form untuk para JV yang bersetuju untuk bekerjasama denagan kita supaya ada rekod nama & email mereka . Ini memudahkan anda membuat follow-up dengan mereka. Anda juga seharusnya menyediakan marketing tools bagi memudahkan mereka bekerjasama dengan anda. Marketing tools ini termasklah:
- Sediakan siri pemasaran melalui email (autoresponder)
- Artikel mengenai produk/ servis anda untuk memudahkan mereka review dimana2 media sosial.
- Menyediakan banner pengiklanan untuk diletakkan pada laman web mereka
- Pengiklanan jenis Teks Ads seperti signature untuk diletakkan sebagai siggy mereka di forum.
Dari segi pulangan kepada mereka, anda boleh menawarkan komisyen hasil jualan anda lebih dari peserta affiliate sebagai contoh anda boleh meletakkan komisyen sehingga 75% dari harga yang anda teapkan. Sudah tentu anda kena memberi mereka hak untuk mengakses produk anda supaya mereka senang untuk membuat review. Anda juga boleh mengadakan contest untuk para JV seperti hadiah wang tunai bagi mereka yang paling banyak jualan. Kategorikan hadiah kepada Top 10 serta Top5. Ini akan membuatkan JV Network anda lebih tertarik untuk mempromosikan produk anda. Selain itu, anda juga boleh menyediakan ruangan khas kepada para JV anda untuk memudahkan anda berinteraksi sesama mereka. Sebagai contoh anda boleh bangunkan ruangan khas untuk JV seperti forum ataupun blog. Mereka akan sentiasa mendapat update mengenai projek anda secara langsung dan ianya akan melancarkan lagi promosi mengenai projek anda itu.
Itulah perbezaan antara 2 darjat JV yang digelar olehku sebagai JV Partner & JV Network. Ada lagi bab yang saya tak selitkan mengenai JV ini. Mungkin lain kali kot sebab dah panjang berjela ni nanti bosan pulak anda semua membaca artikel bab JV ni. Apa yang saya harap supaya IM Malaysia buka mata besar2 mengenai benefit yang kita perolehi hasil dari bekerjasama dengan teknik Joint Venture.
Apa pendapat anda mengenai JV? Jangan malu-malu untuk dikongsikan bersama sebab sharing is caring maa! :grin:. Salamz…

“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

















June 8th, 2008 at 2:16 am
ehm. memang bagus JV nih. Tapi yang tak bestnya, susah sket nak berJV klu kita sendiri susah nak dapat customer..