Teringin pulak kali ni nak share sikit mengenai ‘memonetizekan’ Page Rank dengan menggunakan direktori secara berhemah. Sekarang ni kita boleh menjumpai servis untuk submit website ke direktori di mana-mana saja sama ada di thread forum-forum, website yang menawarkan servis itu sendiri mahupun freelance yang menawarkan servis ni. Sebelum tu saya nak ulas sikit fungsi direktori. Tapi ini cuma andaian saya saja di mana direktori merupakan sebuah platform yang mengumpulkan banyak website / blog untuk memudahkan search engine meng-index sesuatu website hanya dari direktori sebelum menemukan website yang di cari dengan sesuatu keyword. Ini bermakna direktori adalah salah satu tempat mempromosi website oleh golongan webmaster. Di dalam setiap web direktori pula terbahagi kepada beberapa kategori. Lagi banyak website yang ada dalam sesuatu kategori itu, semakin cepatlah search engine ‘crawl’ sesebuah website itu. Dengan itu Page Rank akan meningkat sekiranya keyword density dalam sesuatu kategori itu terserlah kepekatannya. Semakin banyak search engine meng-index, semakin cepatlah Page Rank meningkat. Tapi itu tak semestinya betul tak betul ye. :lol:

Persoalannya disini perlukah anda mendapatkan servis mereka yang menawarkan khidmat submit website ke ratusan direktori? Mungkin bagi mereka yang masih mentah newbie akan sanggup membayar pihak yang membuat servis ini walaupun mereka tak tahu ke direktori mana website mereka di submit. Dengan harapan untuk mendapatkan populariti untuk website / blog mereka selain untuk meningkatkan page rank atas sebab web direktori mempunyai PR mereka yang tinggi sehingga ke PR8.

Disini saya nak menyelongkarkan satu rahsia yang lapok mungkin belum anda ketahui di sebalik malam submit website ke direktori. Tahukah anda bahawa website yang anda pernah submit ke banyak direktori tidak kurang 90% darinya itu tidak meningkatkan page rank website anda. Ini mungkin disebabkan ramai yang beranggapan bahawa submit ke banyak direktori sekaligus dapat menigkatkan PR website kita disebabkan home page direktori tersebut mempunyai PR yang tinggi. Tetapi website yang kita submit itu bukan tersenarai dalam home page direktori tersebut, sebaliknya ia terdapat dalam kategori bagi sesebuah direktori itu. Tidak semestinya jika sesuatu home page web direktori mempunyai PR yang tinggi, ini bermakna keseluruhan web direktori tersebut mempunyai PR yang sama. Tidak sama sekali. Apapun untuk tujuan backlink adalah bagus tetapi jangan beranggapan mendapat backlink yang berpage rank ye!. Lihat gambarajah salah satu web direktori yang saya jumpa di bawah. Salah sebuah web direktori yang mempunyai PR5 pada home pagenya.

Page Rank 5

Sebagai contoh saya pilih pada kategori Internet iaitu Web Design & Development Page. Lihat pula keputusan page rankingnya di bawah.

Page Ranking 4

Keputusan Page Rank untuk kategori ini telah turun satu rank tetapi ianya masih tinggi iaitu PR4. Agak-agak boleh ke submit dalam direktori ini? Saya pasti ramai beranggapan website/ blog anda menerima PR backlink yang tinggi dari kategori bagi direktori ini bukan. Lagi pula kategori yang dipilih tersebut mempunyai page rank yang agak baik. Namun, anda tak boleh anggap begitu semata-mata. Sebab ianya belum tentu anda boleh mendapat backlink yang tinggi PRnya. Mengapa pula?. Untuk pengetahuan semua, setiap website baru yang di submit ke sesebuah web direktori tu, page website tersebut akan terpapar pada page yang terakhir sekali dalam sesuatu kategori itu.

Page Rank N/A

Sebagai contoh lihatlah gambarajah di atas yang mana anda dapat lihat sebuah laman web yang baru sahaja di submit ke direktori tersebut yang kelihatan pada page terakhir sekali. Jadi jika anda menghantar website anda pada kategori ini untuk Web Design & Development, website anda akan diletakkan pada page 6, dimana status PRnya adalah 0. Ini bermakna anda tidak akan mendapat backlink dari Page Rank 4, anda juga tidak mendapat backlink Page Rank 0 sekalipun. Kira-kira 90% daripada web direktori yang anda submit website anda, tidak mepunyai Page Rank dalam kategorinya.

Diharapkan selepas melihat gambarajah serta membaca perkongsian ini, dapatlah sama-sama kita memahami mengapa ianya tidak memberi sebarang kesan kepada laman web anda jika membeli servis dari mereka yang akan submit website anda ke ratusan direktori web tanpa pengetahuan anda kemana website anda akan di submit. Sebabnya kajian menunjukkan dalam setiap satu dari 1,000 direktori didapati hampir kesemua kategori yang dipilih, tidak mempunyai page rank pada page terakhir kategori tersebut di mana website anda akan ditempatkan. Sekurang-kurangnya dalam setiap 1,000 direktori yang disubmit, lebih kurang 8-10 direktori sahaja yang mendapat Page Rank boost untuk backlink sesebuah website.

Jadi konklusinya di sini, tidak bermakna website yang kita submit ke ratusan web direktori itu mendapat backlink yang berpage rank, sebaliknya dengan melakukan submission cara berhemah ataupun manual adalah lebih baik sekurang-kurangnya kita tahu ke web direktori mana yang kita submit untuk website/ blog kita. Biarlah anda sendiri secara manual membuat submission ke direktori web yang anda boleh pilih sendiri bagi direktori yang sesuai untuk kategori website anda. Nasihat saya pilihlah web direktori yang mempunyai page rank pada kategori yang sesuai untuk website anda. Lihat dulu page terakhirnya sama ada berpage rank atau tidak.

Nah, sekarang anda telah memahami sedikit sebanyak tentang perkara submit web ke direktori ini. Anda mampu dan lebih berpengetahuan di dalam membuat pilihan direktori mana yang perlu anda submit website anda untuk mendapatkan backlink yang ‘berPage Rank‘ serta dapat menggunakan masa anda sebaik mungkin. :smile:

Terima kasih & Salam hormat,

 


“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

Bookmark Buzz: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • MisterWong
  • Wists
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Furl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • Slashdot
  • Blue Dot