Logik Direktori 101 - Monetize Pagerank
Posted by Asharudin on April 15th, 2008Teringin pulak kali ni nak share sikit mengenai ‘memonetizekan’ Page Rank dengan menggunakan direktori secara berhemah. Sekarang ni kita boleh menjumpai servis untuk submit website ke direktori di mana-mana saja sama ada di thread forum-forum, website yang menawarkan servis itu sendiri mahupun freelance yang menawarkan servis ni. Sebelum tu saya nak ulas sikit fungsi direktori. Tapi ini cuma andaian saya saja di mana direktori merupakan sebuah platform yang mengumpulkan banyak website / blog untuk memudahkan search engine meng-index sesuatu website hanya dari direktori sebelum menemukan website yang di cari dengan sesuatu keyword. Ini bermakna direktori adalah salah satu tempat mempromosi website oleh golongan webmaster. Di dalam setiap web direktori pula terbahagi kepada beberapa kategori. Lagi banyak website yang ada dalam sesuatu kategori itu, semakin cepatlah search engine ‘crawl’ sesebuah website itu. Dengan itu Page Rank akan meningkat sekiranya keyword density dalam sesuatu kategori itu terserlah kepekatannya. Semakin banyak search engine meng-index, semakin cepatlah Page Rank meningkat. Tapi itu tak semestinya betul tak betul ye.

















Recent Comments