Rileks Ke Ada Blog Ni?Salam sejahtera pembaca sekalian,

Kebanyakan kita mengetahui dengan blogging sudah tentu ianya dapat memantapkan bisnes online yang kita jalankan. Tapi ada ke antara kita yang belum sedar tentang perkara ini? Apa yang saya perhatikan, ada juga antara kita yang menjual produk dengan website semata-mata tanpa memandang pada kuasa blogging. Alasannya senang, iaitu tidak tahu menulis. Huh, kalau alasan begitu yang menyebabkan penghalang mereka untuk berblog, maka blog yang anda lihat sekarang ini dan rakan lain yang tak tahu menulis tidak akan wujud dalam alam maya ini.

Blog adalah salah satu platform yang mesti di ambil kira oleh mereka yang telah mempunyai bisnes online mereka sendiri mahupun kepada mereka yang baru hendak bermula dengan bisnes secara online ini. Majoriti usahawan internet di dunia ini mempunyai blog mereka sendiri bahkan usahawan produk fizikal (Offline) juga diluar sana mempunyai blog untuk mempromosi produk yang nak dipasarkan. Cuba saja lihat perkataan ‘Blogging For Dollars’. Sungguh teruja perkataan tersebut bukan dan kalau semua nak tahu sebab saya berblog juga adalah inspirasi dari perkataan tersebut. Ianya nampak gempak.Itu baru perkataan, belum sebut nama mereka yang dah berjaya dengan blog sahaja. Sebagai contoh yang boleh dilihat adalah tokoh bloggers seperti Michael Arrington (Techcrunch), Drew Curtis (Fark), Mark Frauenfelder (Boing Boing) dan lain-lain lagi yang mana mereka membuat jutaan dollar dengan hanya berblog.

Selain itu, dengan blog juga kita dapat berkongsi pandangan dari perspektif pemikiran kita untuk ditonjolkan kepada pembaca dan seterusnya mendapat maklum balas mengenai pendapat yang diberikan. Bagi yang sudah ada produk, maka gunakanlah medium blog untuk mendapat hasil yang positif. Kalau tak percaya bagi mereka yang dah ada produk untuk dipasarkan tu, cuba bandingkan perniagaan anda sebelum dan selepas memiliki blog sendiri. Tak semestinya setiap post yang perlu dibuat berkaitan produk anda sahaja, malah ianya bebas. Jika tidak ada produk sekalipun, kita boleh juga memiliki blog dengan mempromosi affiliate, program pay-per-click yang berlambak dalam internet ini dan macam-macam lagi.

Apa yang mencabarnya jika mempunyai blog sendiri adalah kena selalu update post artikel. Lebih kurang macam majalah bersiri juga. Kena sentiasa fokus untuk memberi content yang berisi yang ada nilainya. Lagi pun pembaca bukan hanya membaca di blog kita saja sebab banyak lagi blog di luar sana untuk kita bersaing supaya mendapat bilangan pembaca yang boleh tahan ramai. Banyak cara untuk mendapatkan ramai pembaca. Antaranya memberi hadiah percuma seperti ebook, report, software dan banyak lagi. Ada cara lain seperti galakkan orang komen kat blog kita dengan memberi sedikit habuan kepada top commentor setiap bulan. Ianya dapat menarik trafik berduyun-duyun ke blog kita. Secara tak langsung dapat menambah income dengan produk yang dipromosi tak kira produk sendiri ataupun affiliate dan juga resell rights.

Walaupun saya kira apa yang saya tulis ni ramai yang dah tahu, tetapi ada juga antara mereka yang masih mencari-cari tips untuk berblogging. Hanya sekadar berkongsi pandangan. Hah, rasanya ada lagi tak tips untuk blogging ni? Kalau ada bolehlah berkongsi tips power dari anda tu disini. :wink: Saya tahu ramai yang lebih advance tentang blogging kat Malaysia ni.

P/S – Sesiapa yang ingin memiliki blog dot com sendiri boleh belajar bina blog cara pintas tanpa mencari-cari panduan buat blog lain. Klik sini untuk langkah pertama anda ke dalam dunia blogging dengan panduan langkah demi langkah. Dijamin tak sampai 15 minit anda sudah mempunyai blog sendiri.


Sekian,


“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

Bookmark Buzz: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • MisterWong
  • Wists
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Furl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • Slashdot
  • Blue Dot