Tag 5 Perkara Pertama Dalam Hidup!
Artikel Umum, Diari & Aktiviti April 5th, 2008Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada bro Afzai kerana telah mewujudkan tag ‘5 Perkara Dalam Hidup Anda”. Tag ini telah pun merebak bagaikan virus dengan secepat kilat. Inilah kuasa tag bro Afzai ni. Seterusnya saya juga telah mendapat tag tersebut dari bro Abooain dan mewajibkan diri saya untuk menyahut sahutan bro Afzai. Post kali ni baru berkesempatan untuk menulis tentang tag ini walaupun telah menerima tag dari awal lagi.
Sebelum itu, saya mahu terangkan sedikit mengenai syarat mudah tag Afzai Afandi ini:
1. Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.
2. Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.
3. Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.
Ok, sekarang giliran saya menulis…
5 Perkara Pertama Dalam Hidup!
Perkara Pertama - Kemalangan melibatkan kenderaan pertama saya adalah semasa umur 8 tahun. Cerita ni walaupun kelakar sikit kalau diingat tetapi ia merupakan kemalangan yang boleh menyebabkan koma paling tidak pun. Namun ianya melibatkan kecuaian ayah saya. Tempat kejadian adalah di rumah sendiri. (Biar betul ni accident kat rumah). Ceritanya begini, masa tu ayah saya baru balik kerja dan parking kereta macam biasa dekat porch rumah. Tapi entah kenapa pada hari tu dia tak freekan gear. Dia masuk rumah saya sambut dengan perkataan rutin “yea…yea… ayaaah dah balik!“(anak lelaki tunggal lah katakan). Tapi masa ayah dah masuk rumah saya perasan lampu kereta ayah menyala. Ayah terlupa nak matikan lampu kereta. Saya beritahu “ayah… lampu kereta terbukak!” Ayah menyuruh kakak saya yang umurnya lebih tua 4 tahun dari saya untuk menutup lampu kereta. Apabila mendapati pintu berkunci, kakak saya ni pun minta kunci kereta dari ayah untuk buka pintu. Kakak saya ni pulak ajak saya keluar sekali suruh saya tolong tengokkan lampu dah tertutup atau belum sebab dia sendiri tak tahu suis lampu kereta dekat mana. Saya pun berdiri di depan antara kereta dan dinding rumah sambil kakak duduk dalam kereta menggodeh semua suis yang ada hanya untuk menutup lampu. Malang tidak berbau apabila dia telah start enjin dan kereta melompat ke hadapan dan terus menghimpit saya yang ada dekat depan masa tu. Saya telah tersepit antara kereta dengan dinding rumah. Tapi saya sempat menahan guna lutut elak badan dirempuh. Apa lagi saya menjerit kesakitan meminta tolong. Kakak yang dah gubra ketakutan masa tu terus lari ke dalam untuk panggil ayah. Ayah saya pun berlari menyelamatkan keadaan. Nasib baik tak lama sangat kalau tak mungkin saya dah pengsan. Memang mengerikan apa akan jadi kalau saya tak sempat tahan guna lutut? Lagi parahla jawabnya. Habis ayah saya kena marah dengan emak. Namun sebenarnya di situ ada pengajarannya kepada ayah saya.
Perkara Kedua - Kali pertama pandai pandu kereta seorang diri adalah semasa umur 13 tahun iaitu di tingkatan satu. Sebelum pandai bawa betul2 duduk kat riba ayah cuma pegang steering kereta jer. Buat begini memang bahaya sebenarnya tapi entah kenapa ayah selalu jer bagi kalau saya mintak nak duduk kat riba masa ayah bawa kereta. Kira ayah saya ni sporting lar. Lepas betul-betul dah mahir baru memandu kereta sorang2 round satu kampung dengan bangga diri. Hoho…
Sampai orang lain tengok pun naik hairan budak lagi boleh bawak kereta. Ada juga pernah kena tegur dengan orang lain yang tanya saya “hey… ada lesen ke takde nie” dengan nada menakutkan. Saya pecut jer malas nak jawab. Tapi pengalaman dapat bawa kereta masa tu memang menyeronokkan. Emak suruh pergi kedai saya pun suka jer sebab dapat bawa kereta. Sampai sepupu datang rumah nak belajar bawa kereta dengan saya pulak. Tapi malangnya dia gagal mengawal kereta semahir saya masa tu. Dia telah langgar tembok rumah saya dan bumper kereta ayah saya kemek. Umur dia lebih tua setahun dari saya masa tu. Lepas tu saya terus tak bagi dia cuba bawa kereta lagi. Serik kena marah dengan emak. Tapi nasib saya baik selama saya pandai bawa kereta sebab tak pernah terlanggar atau melanggar apa-apa sehingga saya sendiri tak mahu lagi pandu kereta tanpa lesen. 10 tahun selepas itu (sekarang ler!) dah dapat lesen tapi takde kereta sendiri pulak.
Perkara Ketiga - Kali pertama saya menerima sepucuk surat cinta dari seorang perempuan adalah semasa saya bersekolah di Sek. Men. Parit Bunga, Muar semasa berada di tingkatan satu. Masa tu saya masih blur lagi tentang cinta monyet ni. Saya tak perasan pulak ada budak perempuan dalam kelas tu yang minat kat saya yang tak berapa handsome ni. Nama budak perempuan tu saya ingat lagi iaitu F_t_m_h. Haha… geli pun ada masa tu rasanya. Ada macam-macam dia tulis surat tu tapi saya tak berapa ingat sebijik-sebijik apa yang dia tulis. Cuma apa yang saya ingat dia ada suruh saya tunggu depan radio dan dia suruh buka channel radio muzik jam 9-10 malam. Nak tahu apa, dia siap kirim lagu kat saya. Lagu yang dikirimkannya adalah lagu “Aku Cinta Padamu” nyanyian Siti Nurhaliza. Pergh… dahsyat betul lagu yang dia kirim tu. Direct to the point.Berani betul dia buat pengakuan. Saya pun tak seberani dialah kalau saya nak tackle awek. Huhu… Namun itu cuma perasaan buta dari seseorang yang tak tau erti cinta sebenar. Mana taknya baru sekolah tingkatan satu dah pandai bercinta pulak. (Belum baligh lagi la woi). Habis surat cinta tu kantoi pulak dengan emak. Saya letak bersepah surat tu apalagi kena marah macam-macam dengan emak. Saya terus buang jer surat tu. Tapi saya rasa itulah surat cinta pertama dan terakhir yang saya terima dari seorang perempuan.
Perkara Keempat - Pekerjaan tanpa gaji saya yang pertama adalah menjadi tukang buat air dekat warong milik ayah sendiri. Niat ikhlas nak tolong jer lagipun ayah takde siapa yang dia boleh harapkan selain dari saya sahaja sebagai anak lelakinya. Nak upah orang bajet tak cukup lagi masa tu. Nasib baik masa tu saya dah lepas SPM boleh lah tolong ayah untuk cari makan demi meneruskan kehidupan. Cuma saya ambil untung jual rokok jer. Kira rokok tu untung ruginya saya la sebab saya keluar modal sendiri. Tapi memang seronok pengalaman jadi tukang tarik air jer hari-hari. Sampai mimpi pun tarik air. Hehe…
. Pelanggan boleh dikira la satu hari tu. Sebab tak ramai orang sangat kat kawasan tu. Itulah yang tak penat sangat kerja walau sehari suntuk. Tapi tak lama sangat lah sempat tolong ayah sebab saya dapat tawaran untuk sambung belajar. Sejak itu ayah menutup warong miliknya. Sedih jugak saya mengenangkannya. Sehingga kini, ayah bercucuk tanam secara sepenuh masa dan saya terpaksa berhijrah untuk pekerjaan sendiri. Yang bestnya dapat tolong orang tua bila dah kerja ni.
Perkara Kelima - Produk pertama yang saya jual melalui internet ini adalah dari Ebay. Saya masa tu menjual salah satu bonus produk digital yang saya beli dari produk IM luar negara. Bonus yang saya jual tersebut adalah ‘Peel Away Ads’ skrip. Saya menjualnya USD9.90. Itu juga merupakan wang pertama yang saya perolehi dari internet ini. Masa tu saya tak berapa tahu tentang produk yang ada RR atau takde ni sebab masih newbie. Produk yang saya jual tu takde Resell Rights sebenarnya. Saya ingat boleh jer jual apa-apa barang kat ebay tu sebab saya tengok orang lain banyak jer jual produk digital yang macam saya jual tu. Setelah saya mendapat tahu tentang produk yang ada lesen Resell Rights saja yang boleh dijual, terus saya stopkan jualan produk tersebut. So, saya cuma berjaya menjual sekali dan mendapat USD9.90 tu ajelah. Tapi yang ragu-ragu ni… halal ke duit yang saya dapat tu? Dah termakan pun duit tu. Semoga Allah mengampunkan saya yang tak tahu ni. Sekarang ni saya dah tak aktif sangat jual dekat ebay. Kalau ada produk yang betul-betul ada RR je baru saya jual. Sebab saya lebih pentingkan blog saya ini dalam target untuk membina kredibiliti serta buat duit dengan affiliate walaupun masa saya menulis ni belum ada apa-apa lagi produk affiliate yang saya promosikan di blog ini oleh kerana belum berkesempatan. Tapi takpe…. yang tu slow-slow pun boleh.
Itulah antara 5 perkara pertama dalam hidup saya. Sebenarnya ada banyak lagi perkara pertama dalam hidup saya tapi cukuplah 5 sahaja seperti yang disyaratkan oleh empunya tag ini. Dan untuk melengkapkan syarat tag ini saya akan meng’tag’kan kepada 5 blogger lain yang kesemuanya baru saya nak kenal-kenal. So, kepada sesiapa yang saya tagged kan ini diharap anda menerima lamaran saya sebagai rakan blogger anda.
1) Catzer - Newbie Webmaster
2) MohdHilmi - Online Jurnal Hilmi | Pakar IT Muda
3) AhmadRidzuan - Voices Of Me
4) Megat - Ruang Minda Megat
5) Wizurai - Majulah Bloggers Untuk Negara
Diharap kepada mereka yang saya telah taggedkan ni dapat berkenalan sesama kita untuk merapatkan lagi hubungan sesama bloggers. InsyaAllah saya akan masukkan link blog anda dalam link webmaster blog ini.
P/S - Bagus jugak idea bro Afzai ni sebab mewujudkan tag sebegini. Bagi saya kebaikannya adalah mendekatkan lagi antara blogger dengan pembacanya serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama bloggers sebab boleh mengenali antara satu sama lain secara peribadi.
P/S/S - Cara penyampaian dalam penulisan saya dah lain sikit @ dah tak skema. Sebab salah sorang rakan protege telah menegur dalam YM. Terima kasih kepada beliau atas komen tersebut. Kita guna bahasa simple jer bagi senang orang nak faham dan secara tak langsung dapat menambah bilangan pembaca kerana gaya penulisan yang slumber ataupun friendly.
Salam Hormat,

“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

















April 6th, 2008 at 10:58 pm
Seram sejuk dengar citer kao yang no 1 tu! Nasib baik la kao…..
Pengalaman yang best untuk dibaca!
April 7th, 2008 at 7:54 pm
Tu la pasal bro. Kalau tak dah lama arwah…
April 9th, 2008 at 8:58 am
Bahaya sungguh…umur panjang lagi kita ni…
April 11th, 2008 at 12:29 am
Kalau ko arwah…tak dapatlah aku ngomen kat sini.hehehe
Terima kasih sudi panjangkan tag ni.
Lawak jugak ko ekk, gi jual produk yg takder RR kat ebay. Nasib baik tak kena saman..hahaha