Assalamualaikum & salam sejahtera,

Rasanya dah dekat 4 bulan blog kesayangan saya ni tak di update dari semasa ke semasa. Bukan sengaja tak update tapi saya sekarang ni tengah sibuk dengan projek freelance. Projek freelance yang saya buat adalah rendering iaitu membuat gambar visual untuk tujuan komersial. Kebiasaannya gambar visual ini hanya boleh di buat dari objek 3D yang asalnya hanyalah sebuah lukisan.dwg dengan menggunakan software Autocad. Tapi untuk rendering saya tak gunakan Autocad sebaliknya menggunakan software interior iaitu Intericad.

Berderet projek tergendala yang hanya menunggu masa untuk proses rendering. Kalau nak tengok gambar selepas rendering yang saya buat ni dia contohnya.

render 1

render 2

Tapi saya ni masih baru dalam bidang interior visualization ni. Gambar tu pun tak complete render lagi. Saya dah muak dan loya asyik buat benda ni je  :mrgreen:.Ape pun ni adalah sumber rezeki dan saya patut menerima dengan penuh redha. Ada orang lain yang tak cukup makan lagi kesian. Kita patut bersyukur seadanya.

Tentang perniagaan internet, saya juga masih lagi buat affiliate untuk produk luar apalagi kalau bukan clickbank. Hehe… Tapi tak dapat fokus disebabkan faktor jadual freelance yang sangat ketat. InsyaAllah saya akan cuba membahagikan masa dengan isteri-isteri sebaiknya.  Saya juga dalam proses pembelajaran dengan pelbagai teknik perniagaan internet. Kalau sempat InsyaAllah saya akan kongsi sedikit sebanyak tentang perniagaan internet dari apa yang saya telah pelajari.

Nasihat saya pada newbie supaya fokus dalam apa jua yang anda lakukan sehingga mencapai matlamat seperti yang anda mahukan. Kalau tak fokus, habuk pun takde. Percayalah… ini adalah pengalaman saya sendiri dan saya juga menyesal sekarang. So keep it focus now on. Fokus, fokus & fokus.


“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

Bookmark Buzz: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Netvouz
  • DZone
  • MisterWong
  • Wists
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Furl
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • Slashdot
  • Blue Dot