Akhirnya Hajat Kesampaian Jua
Artikel Umum March 21st, 2008Salam sejahtera,
Hari ini satu lagi sejarah telah terukir dalam hidup saya. Blog yang bertemakan “Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang” telah berjaya dilancarkan dan sekaligus tercapai juga hajat di hati untuk memiliki sebuah blog. Untuk pengetahuan umum, blog asharudin.com berkisarkan tentang perkongsian diri saya mengenai idea & pengalaman, tips & panduan, idea serta informasi terkini tentang keusahawanan internet.
Mengapa saya berblogging? Tujuan utama saya mencipta blog ini adalah untuk menimba ilmu serta dapat kenalan dikalangan rakan internet marketer atau webmaster di Malaysia ini. Sudah tentu matlamat saya ingin menambah duit poket macam blogger lain juga bukan?
Dengan memberi review produk yang harus dibeli terutama newbie bagi tujuan permulaan. Lagipun mereka memang tercari-cari panduan untuk bermula dalam keusahawanan internet ini. Blog juga merupakan tapak permulaan kepada internet marketer untuk membina kredibiliti. Dari situ pelawat akan menilai kebolehan sesorang itu dan yang paling penting adalah untuk mendapat kepercayaan di hati pembaca. Kredibiliti juga merupakan aset penting bagi setiap usahawan tak kira sama ada usahawan di luar sana mahupun usahawan alam maya macam saya ni.
Rasa terharu juga bila apa yang hendak diluahkan di hati telah kesampaian melalui penulisan artikel pertama saya ini. InsyaAllah saya akan terus menerbitkan hasil penulisan saya dari semasa ke semasa khusus untuk tatapan umum. Orang kata kalau nak kenal hati budi seseorang itu, lihat pada gaya dan cara penulisannya. Lihat cara dia berkomunikasi, tutur bicara dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tetapi sejauh mana kebenarannya? Lu Sama-sama fikir lah sendiri.
Dari segi teknikal menggunakan wordpress, masih lagi dalam pengkajian dan ada banyak lagi yang diluar kotak pemikiran saya untuk dikaji. Memang orang kata berblog itu senang, tetapi disebalik itu bukanlah sesuatu perkara mudah sebenarnya. Untuk sentiasa konsisiten, fokus kepada arah tujuan berblog disamping dengan perniagaan yang nak diuruskan, mendapatkan trafik yang tinggi, untuk mendapat ranking yang terbaik di search engine, mempunyai pengunjung yang setia… Adakah itu mudah! oh tidak sekali. Mungkin anda boleh kata mudah tetapi ianya memakan masa dan wang ringgit. Ya, itulah pengorbanan yang harus dilakukan untuk mempunyai sebuah blog serta perniagaan internet secara serius.
Apa yang saya harap cuma para pengunjung blog ini dapat menerima kehadiran saya sebagai new blogger yang ber’niche‘kan keusahawanan internet khususnya para webmaster yang ada di Malaysia ini. Sebarang teguran, komen daripada anda akan saya terima dengan hati yang terbuka sebab manusia ni tiada yang sempurna. Di samping itu, saya akan terus belajar serta memahami konsep perniagaan internet ini. Ada banyak benda yang hendak dilakukan dalam hidup ini. Saya dapat merasakan masa bergerak amat pantas. Tetapi saya akan arrange masa saya supaya boleh sentiasa concentrate berblogging dulu. Maklumlah masih bekerja sepenuh masa termasuk hari Sabtu (half-day). Buat sementara ini saya akan buat back linking melalui blog rakan blogger lain untuk mendapatkan pelawat. Jadi sesiapa yang hendak link degan blog saya boleh beritahu di ruangan komen. InsyaAllah saya akan buat page khas untuk blogger Malaysia.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul yang merupakan hari keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w iaitu bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1429H @ 20 Mac 2008. Saya ke Shah Alam pada pagi tersebut untuk mengikuti majlis yang diadakan sempena hari tersebut. Sempat juga saya melihat penyampaian anugerah tokoh Maulidur Rasul. Dalam hati berkata kan bagus kalau ada usahawan internet yang berjaya diberikan anugerah tokoh Maulidur Rasul untuk dijadikan teladan ataupun role model.
Post pertama saya ini mungkin berhenti setakat ini dulu. Semoga artikel saya dapat memberi kepuasan kepada anda untuk sentiasa menanti post akan datang. Sedikit sebanyak ianya mungkin memberi faedah kepada anda dan juga diri saya sendiri. Akhir kata, bersama kita menuju ‘ke arah keusahawanan internet terbilang’.
Salam Hormat,

“Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang”
http://www.asharudin.com

















March 22nd, 2008 at 10:00 pm
Assalamualaikum asharudin…Tahniah blog dah berjaya disiapkan…
MUla-mula nak berblogging tu semua rasanya susah…tetapi kalau kita yakin dan fokus gerenti boleh buat dengan senang je..
P:S Exchange link dengan saya k
March 23rd, 2008 at 11:28 am
tahniah..semoga berjaya dan tidak akan putus semangat
March 23rd, 2008 at 9:21 pm
welcome to blogsphere…
March 24th, 2008 at 12:10 am
Selamat datang ke dunia blog. Semoga matlamat berblog berjaya dicapai dengan jayanya.
Anda adalah penentu segalanya. Go sukses dan salam perkenalan.
p.s. mekasih add my blog