Buat Freelance & Blog Tak Update Lama…
Posted by Asharudin on October 9th, 2008Assalamualaikum & salam sejahtera,
Rasanya dah dekat 4 bulan blog kesayangan saya ni tak di update dari semasa ke semasa. Bukan sengaja tak update tapi saya sekarang ni tengah sibuk dengan projek freelance. Projek freelance yang saya buat adalah rendering iaitu membuat gambar visual untuk tujuan komersial. Kebiasaannya gambar visual ini hanya boleh di buat dari objek 3D yang asalnya hanyalah sebuah lukisan.dwg dengan menggunakan software Autocad. Tapi untuk rendering saya tak gunakan Autocad sebaliknya menggunakan software interior iaitu Intericad.
Berderet projek tergendala yang hanya menunggu masa untuk proses rendering. Kalau nak tengok gambar selepas rendering yang saya buat ni dia contohnya.


Recent Comments