Artikel Ringkas Untuk Jangka Masa Panjang

Posted by Asharudin on March 29th, 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Apa yang mahu dikongsikan kali ini adalah berkenaan dengan penulisan artikel. Penulisan artikel sama ada ianya berupa ebook, report, buku, forum, blog, email adalah hasil penulisan artikel juga. Penulisan artikel yang ringkas, padat dan yang penting direct to the point adalah lebih terbukti berkesan dan dapat menarik bilangan pembaca lebih ramai.

“The funny thing is, I use to think I had to write mammoth 400 page e-books and provide every bit of information on a topic to make any money at all, but what I found is, I make more money by keeping everything short and to the point.” - Allan Wilson, CEO Infoproduct Marketing.

Menumpukan Strategi Pemasaran

Posted by Asharudin on March 24th, 2008

 Powered by Max Banner Ads 

Strategi Pemasaran InternetAdakah anda mempunyai strategi pemasaran perniagaan internet anda sendiri? Oh… soalan tersebut saya tidak boleh jawab bagi pihak anda. Sebagai seorang usahawan internet tanpa mempunyai strategi pemasaran sesungguhnya potensi untuk anda berjaya bagi mengecapi kebebasan peniagaan yang berasaskan home based adalah tipis sama sekali.

Usaha keras anda mencari peluang terbaik dalam keusahawanan internet akan berbaloi sekiranya anda telah menyenarai penuh strategi pemasaran anda. Sehebat manapun perniagaan anda kalau tidak ada yang mengetahui tentang kewujudan perniagaan anda jalankan, itu maknanya anda telah kerugian banyak benda termasuk bakal prospek anda sendiri. Mempunyai strategi pemasaran sebenarnya adalah kriteria yang penting dalam masa yang sama mengkaji dengan mendalam tentang perniagaan yang sedang anda uruskan. Persoalan yang memisahkan diri anda dengan kebebasan kewangan anda adalah bagaimanakah prospek anda boleh menemui perniagaan yang dijalankan?

Akhirnya Hajat Kesampaian Jua

Posted by Asharudin on March 21st, 2008

Salam sejahtera,

Hari ini satu lagi sejarah telah terukir dalam hidup saya. Blog yang bertemakan “Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang” telah berjaya dilancarkan dan sekaligus tercapai juga hajat di hati untuk memiliki sebuah blog. Untuk pengetahuan umum, blog asharudin.com berkisarkan tentang perkongsian diri saya mengenai idea & pengalaman, tips & panduan, idea serta informasi terkini tentang keusahawanan internet.


Copyright © 2008 Ke Arah Keusahawanan Internet Terbilang. All rights reserved.